Monday 13 May 2013

Evog ride bersih dan clear ke cameroon Highlands, Pahang.

Pada 14 april 2013,  beberapa orang ahli evog telah menyertai  ride bersih dan clear utk membuktikan bahawa evog bukan group motor kuasa tinggi yg suka berfoya-foya membawa perempuan bukan muhrim sebagai teman. Ahli yg terlibat ialah wan Azryl genting,  wan ejay, cikgu M dan cikgu Aiman...ternyata ride ini berjaya walaupun terpaksa berhujan.
Perjalanan bermula seawal 7.00pagi rv di hentian kuantan dan bersarapan nasi lemak di bentong. Cuaca mula hujan di bentong namun tidak mematahkan semangat semua peserta. Wan Azryl dan cikgu M berkata...hujan adalah perkara biasa kerana pengalaman mengembara bersama jentera versys ke phuket,  thailand pada disember lalu banyak memberi pengalaman kpd mereka berdua.
Perjalanan diteruskan melalui bandar raub ke sg koyan dgn lancar. Dari sg koyan, peserta mula teruja apabila melalui jalan berliku yg menjadi idaman setiap bikers. Namaun ternyata laluan koyan, pos betau ke cameroon Highlands milik cikgu aiman apabila beliau pertama menjejakkan tayar jentera nya disana. Saya dibelajang terpaksa menemani wan Azryl yg masih tidak biasa dgn tayar hadapan yg baru ditukar.
Cuaca sepanjang di cameroon Highlands lembab dan hujan renyai dgn suasana kesesakan teruk jakan raya sepanjang lalauan. Jentera kami tidak mengalami masalah walaupun jem teruk.
Beberapa tempat kami lawati dimana wan ejay yg sudah biasa dgn tempat ini mengetuai lawatan ini. Antaranya kedai strawberi,  kedai jual sayur, kedai bunga dan macam macam.
2 ptg kami meninggalkan cameroon highland dgn melalui jalan yg sama. Masing masing melayan korner melalui pos betau ke sg koyan. Di sg koyan kami berhenti makan tgh...nasi ayam gemas....laluan balik kami melalui jalan lama mempaga dan keluar melalui lanchang. Sampai ke kuantan lebih kurang 6ptg. Semua selamat dan kepuasan dimana perjalanan sehari 800km...tgk lah gambirannya dibawah..
Bergambar dalam taman bunga...macam hindustan daa..

 Cikgu M
Wan Ejay..byk beli sayur sbb bini baru habis pantang
Cikgu Aiman..juara koner cameroon sbb tayar baru pr3 auto turun
Wan Azryl...otai phuket.

2 comments: