Friday 17 May 2013

KIBW 2012.......


KIBW 2012 .....................edisi 1


Assalamualaikum semua warga bikers...........


Terbitan kali ini adalah mengimbau memori 2012. EVOG berkonvoi ke KIBW 2012. Segala persiapan untuk konvoi kali ini telah dibincangkan secara rapi untuk memudahkan semua ahli mengetahui jarak perjalanan dan cukup bertuah apabila saudara Shahrul dari Muadzam dengan berbesar hati memberikan persetujuan untuk menumpangkan ahli EVOG dirumahnya di Kelantan...

YAhooooooooooooo!!!!!!!! We are going to ride agains with our beloved Versys......EVOGIANS

Tiba masa yang dijanjikan maka dengan cuaca yang hamat-hamat memberikan suasana pagi cukup ceria, maka tempat RV yang dijanjikan adalah Al-Baik Kg Besut di Kemaman.
Sementera menunggu rakan yang lain, dapatlah yang sampai awal menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Kelantan......... Dalam hati aku, oooiiiiiii mane ni lambatnyer???? Dalam masa menunggu rakan2 yang dari kuantan dan sekitar kemaman, kedengaran konvoi2 motosikal lain dalam 3 ke 4 group ondaway ke KIBW2012..

Rakan bikers yang sampai dan RV di kemaman adalah khittwan, Abg Din, Tariq, Amir Evog, Wan Rodhillah, Shahrul and Azrul.. Semenjak Azrul berpindah dan bekerja di kemaman, banyak join group EVOG berkonvoi.... Tahniah... tetapi untuk trip kali ini Azrul hanya akan mengikuti konvoi sampai di Dungun sahaja....

Setelah semuanya ready, Konvoi memulakan perjalanan ke Kerteh, difahamkan ada lagi geng versys RV disana.... maklomlah kerja katanya...hihihihi Setelah hampir 45 minit memulakan perjalanan kami berenti di RV point ke-2 iaitu Petronas Paka..

                                          RV point no-2 di Petronas Paka terengganu.

Sesampainya di Petronas Paka, Hanya saudara BO sahaja yang kelihatan.... mane Zaidi?????? adoiiii belom kuar lagi ke dari plant??? kami decide menunggu setelah telepon tidak dijawab oleh Zaidi... Maybe dalam Plant lagi kottttt......... Setelah hampir 15 minit menunggu, irama mesin jahit pun kedengaran...... Sah zaidi dah sampai........hehehehehehe.....Itulah iramanya kalo pakai ekzos stended versys.... Jangan marah yeeeee Zaidi... Ambo gurau je walaupun hakikatnye adalah BETULLLL...huhuhuhuhu....Setelah 5 minit berbual dan beramas mesra.... Maka kedengaran dengan jelas "On the Bike......On the Bike......" So masing2 bersiap untuk memulakan perjalanan.... Sebelom memulakan perjalanan macam biasa, kita mulakan dengan bacaan doa..........

Selesai doa kami memulakan perjalanan dengan dikepalai oleh Zaidi dan sweeper oleh Abam Amir.. Perjalanan sehingga ke Dungun lancar sekali.... Sampai saja di dungun Azrul berpecah dengan group konvoi.. Kami memilih laluan Che Lijah ke Hiway Dungun - Gemuruh...... Perjalanan santai melalui hiway yang belom sepenuhnya dibuka.... For info, hiway LPT fasa II sepatutnya menghubungkan dari Jabor ke Kg Gemuruh di Hulu Terengganu...

Semasa hiway LPT fasa 2, kami memotong 1,2 group geng2 moto yang sama-sama ke KIBW.. Ada juga yang mengalami kerosakan.... tetapi memandangkan kerosakan yang dihadapi mungkin kecil atau boleh dibaiki, maka tuan punya moto memberikan isyarat tanda ok.......

Keluar dari simpang gemuruh, Traffic agak sesak, mungkin disebabkan hari jumaat... Kerana perlu diingat, hari jumaat adalah hari cuti di terengganu dan Kelantan....

                                          Berhenti sembahyang Jumaat di Jerteh

                                          Bersantai sebelom menunaikan Sembahyang Jumaat

Selesai Sembahyang Jumaat, Meneruskan perjalanan ke Kelantan...



                                          Now already at Tapak pesta KIBW 2012...
                                          Nampak tak EVOG diatas sekali dengan tulisan kaler emas....

                                           Dengan muka yang amat puas sambil memeluk rakan2....


                                         Wan Rodhillah tersenyum puas

                                          Lobo Solo menanti geng EVOG.... Cerianya Lobo n Shahrul

 Amir mencuba jentera KTM walaupun dia tahu agak susah menjinakkan Kuda ini dengan ketiadaan kasut bertumit tinggi....hehehehehehehe.....jgn marah mir.....peace yoooo... Kelantan

         Bergambar kenangan dengan Pakcik Min dari Kelantan.....

Selepas selesai xtvt pendaftaran yang banyak dibantu oleh Saudara Lobo solo... Setiap ahli diberikan beg goodies masing2... Semuanya riang gembira dan kami bersiar2 melihat suasana tapak pameran dan kelihatan masih ramai group2 moto berkuasa tinggi dengan pelbagai Jenama, model dan Cc terus memasuki area tapak pesta.... Setelah puas melilau dan melihat segala macam barang2, moto dan semestinya Awek2 (ehem ehem)yang hadir, maka kami membuat keputusan untuk beredar dari tapak pesta....... Kemanakah kami selepas ini???????????

Tunggu episode ke-2 dikeluarkan dalam masa terdekat.....XTVT Petang yang memberahikan utk EVOG dan xtvt malam yang memanaskan untuk Evog....... Jangan ketinggalan...... Tunggu kemunculan KIBW 2012 edisi 2.................


kotakkalam.

Indera Joned 860..........................................................

Tuesday 14 May 2013

EVOG dan Terengganu Bike Week 2013

Salam 1 EVOG dan 1 Malaysia..
Tanggal 1 dan 2 Mac 2013, EVOG telah mengambil bahagian sebagai salah satu group moto berkuasa tinggi dalam acara tahunan Terengganu Bike Week 2013 yang telah berlangsung di Pantai batu Buruk, Kuala Terengganu. Terengganu Bike Week merupakan penganjuran bike week yang terbesar dan paling meriah dengan penyertaan yang ramai dikalangan group motor berkuasa tinggi dari seluruh malaysia dan luar negara. Seharusnya pengiktirafan ini layak diberikan kerana atas usaha dan perancangan yang rapi pihak penganjur serta kerjasama yang padu Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi saya, Inilah pengalaman pertama saya menyertai "Bike Week" sejak bergelar Biker hampir 6 bulan lalu. Dalam kotak fikir, terdetik pertanyaan bagaimana suasana bike week? Apa aktiviti? Nak buat apa disana nanti?   Tapi sebelum ke sana, pelbagai persiapan dilakukan dan beberapa kali tts diadakan demi mencapai kesepakatan dan perbincangan. Tts @ kedai Cermin Beserah, tts @ Rozek Indera Mahkota, tts @ Pak Su Seafood Cherating. Antara persediaan ialah menempah baju special edition berwarna merah, walaupun dalam masa 2 hari sahaja, namun dapat diadakan. Selain itu Jaket marshall IZ2 berwarna hijau dan biru turut diadakan demi memperkenalkan EVOG kepada group lain. Pelbagai sticker juga ditempah untuk dilekatkan pada jentera masing-masing. Pendek kata semuanya excited utk menyertai TBW 2013.

Seramai 15 orang ahli dari sekitar Kuantan dan Kemaman telah menyertai dan berkonvoi menaiki jentera Versys ke Pantai Batu Buruk pada 1 Jun 2013. Ahli yang tidak dapat berkonvoi pun turut hadir bersama keluarga masing-masing. Seperti biasa, PM event ini ialah saudara Khittwan menetapkan RV di restoran roti canai di kemaman. Tayar golek 8.30 pagi... Saya bersama group Kuantan bertolak seawal 7.15 pagi dari petronas Indera Mahkota, Sesampai disana, semua sudah sampai dan kami bersarapan beramai-ramai. Sungguh meriah dan group kami menjadi tumpuan ramai. Selepas bergambar dan bacaan doa selamat, konvoi kami bertolak melalui jalan utama Kemaman Kuala Terengganu.

Perjalanan kami lancar dengan aliran trafik yg tidak sesak. Persinggahan rehat untuk isi petrol ialah di petronas Rantau Abang dan terus ke tapak pameran. Sebelum ke tapak pameran dan gerai jualan, group kami bertembung dengan group VOG yang sedang minum disebuah restoran berhampiran. Kami sempat bersalaman dan minum bersama sebelum ke tapak pameran. Sesampai di Pantai Batu Buruk, lebih kurang pukul 11.00 pagi. Disitu terdapat ramai group moto yang sudah sampai. Kami meletakkan jentera versys berhadapan dengan pentas utama dan merentang sepanduk rasmi evog untuk tujuan mempromosi kepada group lain. Sesi bergambar beramai-ramai dan individu bersama jentera dan dipentas utama sungguh rancak. Saya tidak terkecuali. Rasa bangga dan gembira tak dapat dibayangkan. Kepuasan menunggang jentera bersama ahli lain dengan mata mara sekitar memerhatikan gelagat kami...

Semasa ditapak pameran, tiada apa-apa aktiviti dijalankan kerana pada waktu yg sama, pihak penganjur sedang mengadakan ride amal ke sekitar terengganu. kami menghabiskan masa dengan mengunjungi gerai-gerai disekitar dan membeli belah. Kami meronda kawasan sekitar dan melihat telatah dan gelagat orang ramai yang mengunjungi gerai. Saudara Bob berkesempatan membeli "Gadget" yang diidamkannya iaitu...kamera video kuasa tinggi GoPro HD....perghhhhh....nanti boleh tgk evog ride dalam video pulak.

Meninggalkan tapak pameran, kami menuju ke hotel tempat penginapan...Sederhana Inn..berhampiran dengan Masjid terapung. Memang sederhana tapi selesa. cukuplah sekadar mencuci diri dan melelapkan mata barang sekejap. Rupanya disini, bukan saja group EVOG ditempatkan, tetapi group VOG juga..semuanya pemilik jentera versys. Pukul 3 petang, kami menyertai ride ke Bukit Payung bersama dengan group VOG...RV diperkarangan Masjid Terapung..lebih 50 buah jentera versys berkonvoi ke bukit payung atas usaha pihak penganjur iaitu Hj. Ramdan. Setiba di sana, orang kampung sudah ramai menanti ketibaan kami. Semua mata memandang dan suasana sungguh meriah. Antara aktiviti ialah demonstarsi membuat laksa secara tradisional. Saya berkesempatan menumbuk tepung dengan kayu...perghh...susah juga. Selepas itu, kami makan sambil berbual bertukar pendapat dan pengalaman sesama. Sempat juga berbual dengan "Otai Sembang Bukit payung". Kesian saya melihat keadaan beliau yang pemikirannya sedikit terganggu. Di beritakan bahawa, hal ini demikian kerana berpisah dengan isteri tercinta dan beliau sebenarnya seorang bekas  pekerja bank yang berkelulusan ijazah....wallahualam..Kami meninggalkan Bukit Payung dengan lambaian selamat tinggal oleh ADUN kawasan berkenaan....jumpa lagi.

Aktiviti sebelah petang tiada apa yang menarik, kami bercanda di tapak pameran sambil melihat jentera motor yang pelbagai jenis dan bunyi. Pelbagai ragam dan karenah manusia. Awek pun tak banyak...heeeee..Sebelah malam, acara yang dinantikan, iaitu acara perasmian penutupan oleh YB dato MB Terengganu. Kami tiba awal dan meletakkan jentera sambil memerhatikan ketibaan pelbagai group moto kuasa tinggi. Yang menarik perhatian saya ialah Group Moto Elite terengganu yang terdiri daripada ahli kerabat diraja terengganu dgn moto kuasa tinggi yang pelbagai dan exclusive...Majlis bermula dengan ucapan pengerusi penganjur iaitu Tengku Temenggong Terengganu dan diikuti oleh ucapan perasmian MB terengganu. MB dengan sukacita mengumumkan bahawa TBW akan diadakan setiap tahun dan akan dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri terengganu. Suatu perkembangan yg baik dan mengiktirafkan aktiviti permotoran sebagai suatu aset pelancongan. Acara diteruskan dengan persembahan nanyian artis tempatan dan jemputan. Semua peserta menunggu untuk cabutan bertuah termasuk saya dgn harapan dapat membawa pulang hadiah utama sebuah moto KTM Duke serta lain-lain cabutan yang sungguh lumayan. Impian hanya tinggal impian dan hilang dibawa desiran angin laut cina selatan...tak ada rezeki...hanya Saudara khittwan sahaja yg bertuah, dapat minyak 2T jer...heeeeeee....Majlis berakhir jam 12 malam. Beberapa ahli terpaksa pulang ke Kuantan kerana pagi esok ada komitmen lain iaitu Wan Rodhillah Otai Samui dan Amir Ghani Otai Phuket. Saya bersama Abg Mail, Cg Z, Bob pulang ke hotel sementara Wan Azryl, Abu, Wan Ejay dan Khittwan masih mengular minum...koi ngantok doh...Icam Din sedap boleh peluk bini...awal masuk bilik....heeeeee....

2 Mac 2013....seawal pagi, selepas subuh, Abg Mail, Cg Z, Bob dan Wan Ejay bergegas pulang ke Kuantan. Saya, Abu, Wan Azryl serta Icam dan Pillion ingin bersiar-siar sekitar bandar Kuala Terengganu dan ingin membeli ole-ole utk dibawa pulang. Selepas bersarapan nasi dagang dan kopok getel, kami ke Pasar payang . Tak sah kalau datang KT tak gi sana. Bukan ada benda pun, tapi dah jadi kemestian. Disana rupanya ramai group lain dah sampai. Kami bersiar-siar window shoping je...namun sempat membeli beberapa peket keropok keping dan serunding daging. Nak beli jiwa bini...heeeee...Selepas itu berkunjung pula ke Kampung Losong, tempat pusat jualan kopok getel, mmg dah terkenal sedapnya kopok kat sini. Icam Din cakap, kopok kat Bukit Tok Beng lagi sedap...aku tak kisah lah janji kopok getel...beli je kat losong. Lepas itu, jentera kami menuju ke tempat tarikan utama terengganu iaitu Masjid Kristal dan kawasan sekitarnya. Selepas merakam gambar kami terus memulas throthle pulang ke Kuantan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Jambatan Kuala Dungun dan berhenti di Tebing Tembah pekena Sup Belut stesen Abu  mencari power lebih. Inilah pengalaman pertama saya makan sup belut...mulanya tak mahu, tapi tgk semua orang makan saya order juga...perghhhh...mmg sedap licin mangkuk...lain kali kalau lalu lagi kena singgah...kih kih kih...Selepas makan dan bersalam, kami menuju ke destinasi masing-masing dan saya sampai rumah lebih kurang 3 petang.

TBW sesungguhnya memberi pengalaman riding yang baru buat saya dan sebagai permulaan untuk bike week yang lain. Kerjasama dan kesepakatan dalam EVOG adalah suatu nilai yang tinggi yg tak dapat diukur dengan wang ringgit. berbekalkan minat yang sama dan persahabatan....kami mampu gembeling bersama apa jua event selepas ini. Semoga berjumpa dicatatan yang lain pula.

Cikgu Melly
QSV 75.




Bergambar di pentas utama
Dihadapan Pasar Payang
Atas Jambatan Kuala Dungun
Dihadapan Masjid Kristal
Malam penutupan rasmi
Bersama Otai Sembang Bukit payung
Jentera-jentera hebat EVOG
Demonstrasi membuat laksa di Bukit Payung
Sebahagian Ahli EVOG yang penuh gaya
 Hentian Rantau Abang
Versys dan Masjid Kristal

Monday 13 May 2013

Evog ride bersih dan clear ke cameroon Highlands, Pahang.

Pada 14 april 2013,  beberapa orang ahli evog telah menyertai  ride bersih dan clear utk membuktikan bahawa evog bukan group motor kuasa tinggi yg suka berfoya-foya membawa perempuan bukan muhrim sebagai teman. Ahli yg terlibat ialah wan Azryl genting,  wan ejay, cikgu M dan cikgu Aiman...ternyata ride ini berjaya walaupun terpaksa berhujan.
Perjalanan bermula seawal 7.00pagi rv di hentian kuantan dan bersarapan nasi lemak di bentong. Cuaca mula hujan di bentong namun tidak mematahkan semangat semua peserta. Wan Azryl dan cikgu M berkata...hujan adalah perkara biasa kerana pengalaman mengembara bersama jentera versys ke phuket,  thailand pada disember lalu banyak memberi pengalaman kpd mereka berdua.
Perjalanan diteruskan melalui bandar raub ke sg koyan dgn lancar. Dari sg koyan, peserta mula teruja apabila melalui jalan berliku yg menjadi idaman setiap bikers. Namaun ternyata laluan koyan, pos betau ke cameroon Highlands milik cikgu aiman apabila beliau pertama menjejakkan tayar jentera nya disana. Saya dibelajang terpaksa menemani wan Azryl yg masih tidak biasa dgn tayar hadapan yg baru ditukar.
Cuaca sepanjang di cameroon Highlands lembab dan hujan renyai dgn suasana kesesakan teruk jakan raya sepanjang lalauan. Jentera kami tidak mengalami masalah walaupun jem teruk.
Beberapa tempat kami lawati dimana wan ejay yg sudah biasa dgn tempat ini mengetuai lawatan ini. Antaranya kedai strawberi,  kedai jual sayur, kedai bunga dan macam macam.
2 ptg kami meninggalkan cameroon highland dgn melalui jalan yg sama. Masing masing melayan korner melalui pos betau ke sg koyan. Di sg koyan kami berhenti makan tgh...nasi ayam gemas....laluan balik kami melalui jalan lama mempaga dan keluar melalui lanchang. Sampai ke kuantan lebih kurang 6ptg. Semua selamat dan kepuasan dimana perjalanan sehari 800km...tgk lah gambirannya dibawah..
Bergambar dalam taman bunga...macam hindustan daa..

 Cikgu M
Wan Ejay..byk beli sayur sbb bini baru habis pantang
Cikgu Aiman..juara koner cameroon sbb tayar baru pr3 auto turun
Wan Azryl...otai phuket.

Ride muhibah EVOG bersama ABC dan SVOG ke Melaka Bandar Bersejarah pada 1 Mei 2013.

Salam sejahtera salam 1 maaysia..
Tanggal 1 mei 2013, EVOG telah menyertai Ride Muhibbah ke Melaka Bandar Bersejarah bersama Ampang Bike Community (ABC) dan SVOG. Event yang julung kali di adakan memberi peluang sesama ahli untuk ride bersama serta mengenal dengan lebih dekat antara satu sama lain. 

Event ini yang di ketuai oleh Hj, Hilmi menetapkan RV di RNR gambang pukul 7.30 pagi. Seramai 11 orang beserta jentera versys menyertai ride ini. Ahli yang terlibat Hj. Hilmi, Khittwan, Terrel dan pillion, Riz n pillion, Jumainoor, Abu, Fairulsani, Wan Rodhillah n pillion, Wadi dan pillion, Rahimi dan Cikgu M.

Lebih kurang 10.30 pagi group kami bergabung bersama ABC di RNR sungai besi dan meneruskan perjalanan ke Air Keroh. Dalam perjalanan hujan lebat melanda namun perjalanan lancar. Di Air keroh group SVOG telah menanti ketibaan kami. Lebih kurang 12 tgh kami tiba dan Shawal sebagai PM disana mengambil alih dan membawa semua ahli berkonvoi ke gerai milik ibunya untuk sesi makan asam pedas melaka.

Selesai makan, kami dibawa ke Bandar Hilir dan bersiar-siar sekitarnya sambil mengambil gambar. Selepas itu, kami dibawa ke Masjid Selat untuk bersolat Zohor. Sebelah petang berkunjung ke pantai klebang sambil minum Cocunut Shake Tanjung yang tersohor di bandar melaka. 5 petang kami dibawa ke suatu kampung...saya lupa nama kampung tersebut. Disana kami dijamu sosej daging buatan sendiri yang dibakar dengan sos istimewa....rasanya sangat sedap dan tiada ditempat lain. Kebanyakan ahli mencuba dan ada yang membawa bekalan pulang. Jam 6 petang, group kami memohon untuk berangkat pulang kerana perjalanan masih jauh. Laluan yang sama digunakan, berhenti dipetronas bentong dan gambang. Selepas bersalaman, semua bertolak pulang dan alhamdulillah perjalanan kami lancar dan semua peserta selamat kembali ke rumah.
Cikgu Melly
QSV 75

Pekena Asam Pedas kedai emak Shawal, Air Keroh, Melaka..asam pedas tetel...

Berselera benor nampak Hj. Hilmi dgn Khitt Wan siap order air trafik light..
Dalam timbunan Versys..
Ini pulak pekena sosej daging Hand Made special...mmg sedap dan takde ditempat lain..
Bergambar di sekitar Banda Hilir..