Tuesday 14 May 2013

EVOG dan Terengganu Bike Week 2013

Salam 1 EVOG dan 1 Malaysia..
Tanggal 1 dan 2 Mac 2013, EVOG telah mengambil bahagian sebagai salah satu group moto berkuasa tinggi dalam acara tahunan Terengganu Bike Week 2013 yang telah berlangsung di Pantai batu Buruk, Kuala Terengganu. Terengganu Bike Week merupakan penganjuran bike week yang terbesar dan paling meriah dengan penyertaan yang ramai dikalangan group motor berkuasa tinggi dari seluruh malaysia dan luar negara. Seharusnya pengiktirafan ini layak diberikan kerana atas usaha dan perancangan yang rapi pihak penganjur serta kerjasama yang padu Kerajaan Negeri Terengganu.

Bagi saya, Inilah pengalaman pertama saya menyertai "Bike Week" sejak bergelar Biker hampir 6 bulan lalu. Dalam kotak fikir, terdetik pertanyaan bagaimana suasana bike week? Apa aktiviti? Nak buat apa disana nanti?   Tapi sebelum ke sana, pelbagai persiapan dilakukan dan beberapa kali tts diadakan demi mencapai kesepakatan dan perbincangan. Tts @ kedai Cermin Beserah, tts @ Rozek Indera Mahkota, tts @ Pak Su Seafood Cherating. Antara persediaan ialah menempah baju special edition berwarna merah, walaupun dalam masa 2 hari sahaja, namun dapat diadakan. Selain itu Jaket marshall IZ2 berwarna hijau dan biru turut diadakan demi memperkenalkan EVOG kepada group lain. Pelbagai sticker juga ditempah untuk dilekatkan pada jentera masing-masing. Pendek kata semuanya excited utk menyertai TBW 2013.

Seramai 15 orang ahli dari sekitar Kuantan dan Kemaman telah menyertai dan berkonvoi menaiki jentera Versys ke Pantai Batu Buruk pada 1 Jun 2013. Ahli yang tidak dapat berkonvoi pun turut hadir bersama keluarga masing-masing. Seperti biasa, PM event ini ialah saudara Khittwan menetapkan RV di restoran roti canai di kemaman. Tayar golek 8.30 pagi... Saya bersama group Kuantan bertolak seawal 7.15 pagi dari petronas Indera Mahkota, Sesampai disana, semua sudah sampai dan kami bersarapan beramai-ramai. Sungguh meriah dan group kami menjadi tumpuan ramai. Selepas bergambar dan bacaan doa selamat, konvoi kami bertolak melalui jalan utama Kemaman Kuala Terengganu.

Perjalanan kami lancar dengan aliran trafik yg tidak sesak. Persinggahan rehat untuk isi petrol ialah di petronas Rantau Abang dan terus ke tapak pameran. Sebelum ke tapak pameran dan gerai jualan, group kami bertembung dengan group VOG yang sedang minum disebuah restoran berhampiran. Kami sempat bersalaman dan minum bersama sebelum ke tapak pameran. Sesampai di Pantai Batu Buruk, lebih kurang pukul 11.00 pagi. Disitu terdapat ramai group moto yang sudah sampai. Kami meletakkan jentera versys berhadapan dengan pentas utama dan merentang sepanduk rasmi evog untuk tujuan mempromosi kepada group lain. Sesi bergambar beramai-ramai dan individu bersama jentera dan dipentas utama sungguh rancak. Saya tidak terkecuali. Rasa bangga dan gembira tak dapat dibayangkan. Kepuasan menunggang jentera bersama ahli lain dengan mata mara sekitar memerhatikan gelagat kami...

Semasa ditapak pameran, tiada apa-apa aktiviti dijalankan kerana pada waktu yg sama, pihak penganjur sedang mengadakan ride amal ke sekitar terengganu. kami menghabiskan masa dengan mengunjungi gerai-gerai disekitar dan membeli belah. Kami meronda kawasan sekitar dan melihat telatah dan gelagat orang ramai yang mengunjungi gerai. Saudara Bob berkesempatan membeli "Gadget" yang diidamkannya iaitu...kamera video kuasa tinggi GoPro HD....perghhhhh....nanti boleh tgk evog ride dalam video pulak.

Meninggalkan tapak pameran, kami menuju ke hotel tempat penginapan...Sederhana Inn..berhampiran dengan Masjid terapung. Memang sederhana tapi selesa. cukuplah sekadar mencuci diri dan melelapkan mata barang sekejap. Rupanya disini, bukan saja group EVOG ditempatkan, tetapi group VOG juga..semuanya pemilik jentera versys. Pukul 3 petang, kami menyertai ride ke Bukit Payung bersama dengan group VOG...RV diperkarangan Masjid Terapung..lebih 50 buah jentera versys berkonvoi ke bukit payung atas usaha pihak penganjur iaitu Hj. Ramdan. Setiba di sana, orang kampung sudah ramai menanti ketibaan kami. Semua mata memandang dan suasana sungguh meriah. Antara aktiviti ialah demonstarsi membuat laksa secara tradisional. Saya berkesempatan menumbuk tepung dengan kayu...perghh...susah juga. Selepas itu, kami makan sambil berbual bertukar pendapat dan pengalaman sesama. Sempat juga berbual dengan "Otai Sembang Bukit payung". Kesian saya melihat keadaan beliau yang pemikirannya sedikit terganggu. Di beritakan bahawa, hal ini demikian kerana berpisah dengan isteri tercinta dan beliau sebenarnya seorang bekas  pekerja bank yang berkelulusan ijazah....wallahualam..Kami meninggalkan Bukit Payung dengan lambaian selamat tinggal oleh ADUN kawasan berkenaan....jumpa lagi.

Aktiviti sebelah petang tiada apa yang menarik, kami bercanda di tapak pameran sambil melihat jentera motor yang pelbagai jenis dan bunyi. Pelbagai ragam dan karenah manusia. Awek pun tak banyak...heeeee..Sebelah malam, acara yang dinantikan, iaitu acara perasmian penutupan oleh YB dato MB Terengganu. Kami tiba awal dan meletakkan jentera sambil memerhatikan ketibaan pelbagai group moto kuasa tinggi. Yang menarik perhatian saya ialah Group Moto Elite terengganu yang terdiri daripada ahli kerabat diraja terengganu dgn moto kuasa tinggi yang pelbagai dan exclusive...Majlis bermula dengan ucapan pengerusi penganjur iaitu Tengku Temenggong Terengganu dan diikuti oleh ucapan perasmian MB terengganu. MB dengan sukacita mengumumkan bahawa TBW akan diadakan setiap tahun dan akan dimasukkan dalam kalender pelancongan negeri terengganu. Suatu perkembangan yg baik dan mengiktirafkan aktiviti permotoran sebagai suatu aset pelancongan. Acara diteruskan dengan persembahan nanyian artis tempatan dan jemputan. Semua peserta menunggu untuk cabutan bertuah termasuk saya dgn harapan dapat membawa pulang hadiah utama sebuah moto KTM Duke serta lain-lain cabutan yang sungguh lumayan. Impian hanya tinggal impian dan hilang dibawa desiran angin laut cina selatan...tak ada rezeki...hanya Saudara khittwan sahaja yg bertuah, dapat minyak 2T jer...heeeeeee....Majlis berakhir jam 12 malam. Beberapa ahli terpaksa pulang ke Kuantan kerana pagi esok ada komitmen lain iaitu Wan Rodhillah Otai Samui dan Amir Ghani Otai Phuket. Saya bersama Abg Mail, Cg Z, Bob pulang ke hotel sementara Wan Azryl, Abu, Wan Ejay dan Khittwan masih mengular minum...koi ngantok doh...Icam Din sedap boleh peluk bini...awal masuk bilik....heeeeee....

2 Mac 2013....seawal pagi, selepas subuh, Abg Mail, Cg Z, Bob dan Wan Ejay bergegas pulang ke Kuantan. Saya, Abu, Wan Azryl serta Icam dan Pillion ingin bersiar-siar sekitar bandar Kuala Terengganu dan ingin membeli ole-ole utk dibawa pulang. Selepas bersarapan nasi dagang dan kopok getel, kami ke Pasar payang . Tak sah kalau datang KT tak gi sana. Bukan ada benda pun, tapi dah jadi kemestian. Disana rupanya ramai group lain dah sampai. Kami bersiar-siar window shoping je...namun sempat membeli beberapa peket keropok keping dan serunding daging. Nak beli jiwa bini...heeeee...Selepas itu berkunjung pula ke Kampung Losong, tempat pusat jualan kopok getel, mmg dah terkenal sedapnya kopok kat sini. Icam Din cakap, kopok kat Bukit Tok Beng lagi sedap...aku tak kisah lah janji kopok getel...beli je kat losong. Lepas itu, jentera kami menuju ke tempat tarikan utama terengganu iaitu Masjid Kristal dan kawasan sekitarnya. Selepas merakam gambar kami terus memulas throthle pulang ke Kuantan.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Jambatan Kuala Dungun dan berhenti di Tebing Tembah pekena Sup Belut stesen Abu  mencari power lebih. Inilah pengalaman pertama saya makan sup belut...mulanya tak mahu, tapi tgk semua orang makan saya order juga...perghhhh...mmg sedap licin mangkuk...lain kali kalau lalu lagi kena singgah...kih kih kih...Selepas makan dan bersalam, kami menuju ke destinasi masing-masing dan saya sampai rumah lebih kurang 3 petang.

TBW sesungguhnya memberi pengalaman riding yang baru buat saya dan sebagai permulaan untuk bike week yang lain. Kerjasama dan kesepakatan dalam EVOG adalah suatu nilai yang tinggi yg tak dapat diukur dengan wang ringgit. berbekalkan minat yang sama dan persahabatan....kami mampu gembeling bersama apa jua event selepas ini. Semoga berjumpa dicatatan yang lain pula.

Cikgu Melly
QSV 75.




Bergambar di pentas utama
Dihadapan Pasar Payang
Atas Jambatan Kuala Dungun
Dihadapan Masjid Kristal
Malam penutupan rasmi
Bersama Otai Sembang Bukit payung
Jentera-jentera hebat EVOG
Demonstrasi membuat laksa di Bukit Payung
Sebahagian Ahli EVOG yang penuh gaya
 Hentian Rantau Abang
Versys dan Masjid Kristal

2 comments:

  1. Ahli yang nak buat catatan dialu-alukan...nanti pm whatapps saya utk dapatkan email dan password...

    ReplyDelete