Monday 13 May 2013

Ride muhibah EVOG bersama ABC dan SVOG ke Melaka Bandar Bersejarah pada 1 Mei 2013.

Salam sejahtera salam 1 maaysia..
Tanggal 1 mei 2013, EVOG telah menyertai Ride Muhibbah ke Melaka Bandar Bersejarah bersama Ampang Bike Community (ABC) dan SVOG. Event yang julung kali di adakan memberi peluang sesama ahli untuk ride bersama serta mengenal dengan lebih dekat antara satu sama lain. 

Event ini yang di ketuai oleh Hj, Hilmi menetapkan RV di RNR gambang pukul 7.30 pagi. Seramai 11 orang beserta jentera versys menyertai ride ini. Ahli yang terlibat Hj. Hilmi, Khittwan, Terrel dan pillion, Riz n pillion, Jumainoor, Abu, Fairulsani, Wan Rodhillah n pillion, Wadi dan pillion, Rahimi dan Cikgu M.

Lebih kurang 10.30 pagi group kami bergabung bersama ABC di RNR sungai besi dan meneruskan perjalanan ke Air Keroh. Dalam perjalanan hujan lebat melanda namun perjalanan lancar. Di Air keroh group SVOG telah menanti ketibaan kami. Lebih kurang 12 tgh kami tiba dan Shawal sebagai PM disana mengambil alih dan membawa semua ahli berkonvoi ke gerai milik ibunya untuk sesi makan asam pedas melaka.

Selesai makan, kami dibawa ke Bandar Hilir dan bersiar-siar sekitarnya sambil mengambil gambar. Selepas itu, kami dibawa ke Masjid Selat untuk bersolat Zohor. Sebelah petang berkunjung ke pantai klebang sambil minum Cocunut Shake Tanjung yang tersohor di bandar melaka. 5 petang kami dibawa ke suatu kampung...saya lupa nama kampung tersebut. Disana kami dijamu sosej daging buatan sendiri yang dibakar dengan sos istimewa....rasanya sangat sedap dan tiada ditempat lain. Kebanyakan ahli mencuba dan ada yang membawa bekalan pulang. Jam 6 petang, group kami memohon untuk berangkat pulang kerana perjalanan masih jauh. Laluan yang sama digunakan, berhenti dipetronas bentong dan gambang. Selepas bersalaman, semua bertolak pulang dan alhamdulillah perjalanan kami lancar dan semua peserta selamat kembali ke rumah.
Cikgu Melly
QSV 75

Pekena Asam Pedas kedai emak Shawal, Air Keroh, Melaka..asam pedas tetel...

Berselera benor nampak Hj. Hilmi dgn Khitt Wan siap order air trafik light..
Dalam timbunan Versys..
Ini pulak pekena sosej daging Hand Made special...mmg sedap dan takde ditempat lain..
Bergambar di sekitar Banda Hilir..

1 comment:

  1. Terbaek CM........ semoga menjadi wadah untuk memberikan hiburan dan panduan kepada member2 bikers yg lain......

    ReplyDelete